PRN Ke-12, RASMI empat penjuru di Stakan

By Haris Zainuddin
Spread the love

STAKAN, 6 Dis : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Hamzah Brahim berdepan saingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini.

Hamzah calon muka baharu yang ditampil GPS disahkan layak bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Stakan, Mohammad Nizam Wang selepas proses penamaan calon selesai kira – kira pukul 10.39 pagi tadi.

Turut ‘melepasi’ syarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah George Young Si Ricord dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Leslie Ting Xiang Zhi (DAP) dan Atet Dego mewakili Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Kesemua calon terdahulu menyerahkan kertas pencalonan untuk bertanding di pusat penamaan calon di Institusi Pendidikan Guru Tun Abdul Razak, Kota Samarahan pagi tadi.

Terdahulu, Hamzah yang berpakaian biru muda ditemani pencadangnya , Daily Joseph dan penyokong Lela Adini tiba di pusat penamaan calon pada 8.36 pagi tadi.

Pada PRN Ke-11 lalu, Datuk Amar Mohammad Ali Mahmud memenangi kerusi ini menewaskan lawannya Leslie Ting Xiang Zhi daripada DAP dengan majoriti 7,042 undi. – TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design