TVS rangkul enam Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2021

By Lorenzo Isaac Ak Anthony
Spread the love

KUCHING, 5 Dis : TVS memenangi enam anugerah dalam pelbagai kategori pada Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2021 yang berlangsung di Hilton Hotel, semalam.

Wartawan Khairil Zharif Affindie dinobatkan sebagai pemenang pertama bagi Anugerah Kewartawanan Ekonomi dan Perniagaan menerusi karyanya ‘Inovasi Gula Apong’.

Selain itu Priscilla John Pillai dan jurukamera Ahmad Nasrullah memenangi tempat ketiga pada kategori yang sama dalam Bahasa Iban: Batik Linut, Kantung Sandit tembus di Market Luar Negara (Batik Linut, Kantung Sandik Rembus ke Makit Menua Luar).

Priscilla turut memenangi tempat ketiga dalam kategori Digital Ekonomi Bahasa Iban menerusi artikel beliau yang berjudul Aplikasi IOT membantu meningkatkan Produktiviti Sektor Pertanian (Perengka Guna IOT Nambahka Tikas Produktiviti Betanam Betupi).

Sementara itu Iqbal Asraff Mohamad Yusuf dengan jurukamera, Zen Hashim memenangi tempat pertama Anugerah Kesejahteraan Komuniti dan Pembangunan Luar Bandar dengan hasilnya ’13 Rumah Panjang Tidak Lagi ‘Meraba’ dalam Gelap’.

Dua lagi wartawan memenangi Anugerah Wartawan Penyiaran dalam tempat kedua dan tempat ketiga iaitu Liew Yu Phin dan Chung Siaw Yan bersama jurukameranya, Mohd Faitullah Morni.

Hasil karya Liew yang berjudul ‘Pandemik Menuntut Pesakit Diabetes Tingkat Penjagaan Diri, Pesakit dan disaran dapatkan Vaksin’ manakala hasil karya Siaw Yan yang berjudul ‘No Dining on Chinese New Year’s Eve, New Year Dishes Take Out as a Trend’.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design