Penyediaan perkhidmatan udara luar bandar akan diteruskan

By Akma Salleh
Spread the love

MUKAH, 4 DIS: Cadangan pembangunan lapangan terbang atau padang terbang bagi tujuan penyediaan perkhidmatan udara luar bandar akan diteruskan.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ia tertakluk kepada kedudukan kewangan negara dan pihak kementerian akan mempertimbangkan permohonan tersebut sekiranya terdapat keperluan mendesak oleh penduduk – penduduk di kawasan pedalaman negara.

“Adalah menjadi hasrat kerajaan Persekutuan untuk melakukan yang terbaik kepada seluruh Keluarga Malaysia khususnya di Sarawak, tidak kira jauh mahupun dekat asalkan Keluarga Malaysia mendapat manfaat yang besar serta mengecapi hasil pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Malah kita juga akan sentiasa komited dan serius untuk menyediakan kemudahan infrastruktur terbaik bagi memastikan kualiti hidup Keluarga Malaysia di seluruh negara dapat di pertingkatkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Lapangan Terbang Baharu Mukah, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Wee turut menjelaskan rekabentuk Lapangan Terbang Baharu Mukah telah dilengkapi dengan bangunan terminal baharu seluas 3,125 meter persegi, landasan sepanjang 1,500 meter dan lebar 30 meter, apron, taxiway selebar 15 meter dan tempat letak kenderaan awam dengan kapasiti 100 buah kereta termasuk teksi dan bas.

Projek ini dirancang bukan sahaja bertujuan untuk membolehkan kapasiti dan rangkaian pengangkutan awam di Sarawak dapat ditingkatkan, tetapi juga bertujuan untuk memberikan keselesaan dan pengalaman pengangkutan awam yang lebih baik kepada masyarakat setempat.

Untuk rekod, Projek Pembinaan Lapangan Terbang Baharu Mukah telah dimulakan pada 11 Ogos 2017 bagi menggantikan Padang Mukah (STOLport) sebelum ini dengan kapasiti baharu iaitu 265 ribu penumpang setahun.

Sebelum ini, hanya pesawat jenis Twin Otter (DHC-6) yang berkapasiti kecil sahaja yang boleh mendarat, namun dengan terbinanya lapangan terbang baharu ini, ia boleh menampung pesawat yang lebih besar seperti pesawat jenis ATR yang boleh membawa penumpang yang lebih ramai (70) orang pada satu – satu masa.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design