Nicholas Kudi Jantai Maseng mahu pertahankan kerusi DUN Baleh

By Firdaus Ismail
Spread the love

KUCHING, 3 Dis : Sedar diberikan ‘tugas berat’ apabila ditampilkan sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai Maseng berikrar untuk memberikan komitmen terbaiknya dalam mempertahankan kawasan itu yang merupakan kubu kuat partinya.

Nicholas mengakui, beliau berasa gementar apabila dimaklumkan akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas Presiden , Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Katanya, walaupun DUN Baleh dikategorikan sebagai kawasan pedalaman, namun fokus untuk meningkatkan ekonomi rakyat tidak boleh diabaikan.

“Isu di pedalaman lebih kepada pembangunan infrastruktur tetapi pada masa sama , kita kena lihat juga sudut ekonomi, bagaimana hendak meningkatkat taraf hidup rakyat di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima watikah perlantikan calon GPS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke -12 Sarawak yang diserahkan Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini hari ini.

Pada PRN Ke-11, Dr James Jemut Masing menang kerusi berkenaan dengan meraih undi sebanyak 5,272 sekaligus menewaskan wakil DAP, Agop Linsong yang sekadar mendapat 479 undi.

Dr James Jemut Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri meninggal dunia pada 31 Oktober lepas kerana komplikasi kesihatan dan telah menjadi wakil rakyat di kawasannya selama 38 tahun.

Mengulas lanjut, Nicholas berkata, beliau juga mahu memperjuangkan isu orang muda.

” Saya mahu membina orang muda di sana agar mereka turut maju dan melibatkan diri dalam ekonomi seperti di bandar – bandar besar. Ini fokus utama saya,” katanya. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design