Waterfront Niah lonjak potensi pelancongan Bekenu

Spread the love

SUBIS, 29 Nov : Projek pembinaan Waterfront Niah yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak berpontensi untuk memberi nilai tambah kepada Program Regata Subis yang dianjurkan di sini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek Waterfront fasa dua yang bernilai RM 2 juta ini diharap dapat memastikan program berkenaan akan dilaksanakan dengan lebih tersusun pada masa hadapan.

“ Projek ini (Waterfront Niah) merupakan permintaan daripada Yang Berhormat kawasan ini untuk manfaatkan penduduk di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Waterfront Niah Fasa 2 di sini hari ini.

Projek fasa dua Waterfront Niah telah diluluskan di bawah peruntukan Projek Transfomasi Luar Bandar (RTP) pada 2015 dan siap sepenuhnya pada Februari lepas.

Regata Subis atau Regata Sibuti yang merupakan acara sukan air pertama kali diadakan pada 11 Julai 1959 di Tebingan Sibuti dan kembali diadakan pada 1988 dan menjadi acara popular di bahagian ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, projek Waterfront fasa satu pula yang melibatkan peruntukan sebanyak RM6 juta masih sedang dilaksanakan.

Pada majlis sama, Abang Johari memberitahu, kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk menjadikan Gua Niah sebagai lokasi pelancongan tumpuan global dan yakin hasrat berkenaan mampu dicapai berdasarkan keistimewaan yang dimiliki.

Ke arah itu katanya, lokasi berkenaan bakal dibangunkan dengan projek pembangunan yang menerapkan konsep mesara pelancong.

“Bagi menjayakan rancangan ini yang diyakini membawa kesejahteraan kepada penduduk di sini, kita perlu menentukan wakil rakyat yang betul untuk berkhidmat,” katanya.

Abang Johari berkata, ketika ini penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, Dato Rosey Yunus yang juga Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak -kanak Sarawak telah membuktikan kemampuan beliau.

” Banyak perubahan serta pembangunan kepada masyarakat setempat telah dibawa oleh Rosley.

” Justeru itu, tidak ada apa yang perlu difikirkan lagi kerana calon yang akan ditampilkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan pilihan sesuai untuk meneruskan perjuangan memajukan Subis,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live