Masalah bekalan air Subis diatasi, capai tahap memuaskan – Abang Johari

By Luqman Muhammad
Spread the love

MIRI, 29 Nov : Projek bekalan air di Subis yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri kini telah menunjukan hasil yang memuaskan sekaligus mengatasi masalah yang dihadapi penduduk di situ.

Ketua Menteri , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak yang dipimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memperuntukkan dana yang besar bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di luar bandar.

“Di Subis , saya boleh kata hampir 100 peratus sudah mendapat bekalan air menerusi peruntukan RM130 juta yang disalurkan. Kalau dahulu, ada masalah, sekarang telah berjaya diatasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di sini hari ini.

Berhubung lawatan di Miri, Abang Johari berpuas hati apabila majoriti projek pembangunan yang dilaksanakan sejak tiga tahun lalu menunjukkan kemajuan besar walaupun berdepan pelbagai kekangan di sebabkan oleh pandemik COVID-19.

” Saya juga berkesempatan meninjau projek pembinaan jambatan yang telah saya luluskan dahulu di Bekenu, menaik taraf benteng Bekenu yang akan menjadi tempat perhentian untuk para pelancong yang ingin ke Gua Niah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri memberitahu, di Lambir pula, kerajaan negeri di bawah pentadbirannya telah meluluskan pembinaan masjid namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia telah menjejaskan pembinaannya.

” Bagaimanapun, secara keseluruhan saya berpuas hati dengan projek yang telah dilaksanakan oleh kita sejak tiga tahun lepas,” katanya. – TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design