Kempen terhad, pihak berwajib disaran beri kelonggaran pada kempen PRN Sarawak – Penganalisis Politik

By Nisa Kasnoon
Spread the love

KUCHING, 29 Nov : Parti politik dan bakal calon – calon Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak kemungkinan akan berdepan cabaran lebih besar sekiranya Prosedur Operasi Standard (SOP) kempen pilihan raya yang dimuktamadkan sama seperti di PRN Melaka.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi , Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abd Muis melihat dalam konteks PRN Sarawak ini, pihak terlibat akan mengalami kesukaran yang berganda berbanding PRN Melaka terutamanya apabila terpaksa menjalankan kempen menerusi platform media sosial.

Mujibu berkata, disebabkan ketiadaan kempen secara fizikal seperti  ceramah dan perhimpunan terbuka menjadikan kempen PRN itu terhad.

“Mengambil kira apa yang paling banyak disuarakan setiap parti politik yang bertanding di Melaka itu bahawa kempen yang terhad dan tiada kempen secara fizikal, ceramah, perhimpunan terbuka yang menjadikan pilihan raya di Melaka itu sangat terhad.

Mereka tidak dapat sampai kepada pengundi dengan berkesan, jadi mungkin ini perlu dilihat dan diperbaiki oleh semua pemegang taruh terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) . Buka kembali kempen disebabkan apa yang berlaku di Melaka,” katanya kepada TVS.

Dalam soal SOP, Mujibu berkata, beliau berharap kelonggaran diberikan pada PRN Ke-12 Sarawak terutamnya membabitkan kempen kerana mahu melihat pesta demokrasi itu berlaku dengan sebaik mungkin.

“Apa yang paling penting ialah ia menjadi playing field PRN Sarawak yang seimbang buat semua parti bertanding,”ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tinjauan juga mendapati, penggunaan kempen dalam talian juga tidak berkesan serta tidak sampai ke akar umbi.

“Saya rasa persoalan ini sudah dijawab dalam konteks PRN Melaka bagaimana calon yang bertanding memberi respon bahawa betapa tidak berkesannya kempen dalam talian terutamanya penggunaan media sosial, digital, aplikasi WhatsApp dan sebagainya,” katanya.

Beliau menambah, salah satu punca yang dikenal pasti ialah tidak semua pengundi mempunyai akses walaupun geografi Melaka lebih kecil berbanding Sarawak.

” Maka, bayangkan bagaimana penggunaan media sosial akan berkesan dalam konteks PRN Sarawak,” katanya lagi.

Justeru beliau berharap semua pemegang taruh dapat memberi sedikit kelonggaran dalam konteks PRN Sarawak supaya dapat meningkatkan peratusan keluar mengundi selain memberi keadilan kepada semua parti politik bertanding.

SPR dalam mesyuarat khasnya baru-baru ini mensasarkan 70 peratus keluar mengundi pada PRN Sarawak yang ditetapkan pada 18 Disember ini. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design