Keluar PSB, Aditajaya mahu tubuh parti baharu

Spread the love

SIBU, 29 Nov : Bekas Ahli Majlis Presiden, Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Aji mengumumkan beliau akan menubuhkan parti baharu dalam masa terdekat.

Aditajaya yang keluar PSB pada 18 November lalu berkata, parti baharu itu juga akan disertai dua lagi ahli bekas ahli PSB iaitu Khairul Ahmat dan Mohd. Adnan Julkeppli.

” Parti baharu ini dinamakan Parti Barisan Rakyat dan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Jentera parti itu semalam.

Abang Aditajaya berkata, beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang manakala Khairul Ahmat pula di DUN Demak Laut.

” Mohd. Adnan pula berminat untuk bertanding di DUN Semop,” katanya.

Aditajaya menyertai PSB pada November 2020 selepas keluar PKR.

Sebelum ini, beliau menghantar surat perletakan jawatan kepada presiden PSB berikutan beliau tidak setuju dengan terma dan syarat yang dikenakan parti berhubung kempen pilihan raya.

Sementara itu, PSB dalam satu kenyataan menjelaskan, Aditajaya tidak pernah ‘menjadi’ Ahli Majlis Presiden itu dan hanya menjemput menghadiri mesyuarat sahaja. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live