Gua Niah ke arah destinasi pelancongan global, pacu pelancongan Sarawak – Abang Johari

Spread the love

MIRI, 29 Nov : Kerajaan Sarawak merancang untuk menaik taraf kemudahan Gua Niah yang dilihat mempunyai potensi untuk muncul sebagai destinasi pelancongan global.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, rancangan pembangunan di kawasan berkenaan kelak akan menggunakan konsep mesra pelancong.

” Di bawah Sarawak Forestry Corporation , kerajaan negeri juga merancang untuk membangunkan kemudahan asas di Gua Niah bagi tempoh jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan kerja di sini hari ini.

Abang Johari berkata, kerajaan negeri memberikan fokus untuk melonjakkan Gua Niah sebagai destinasi pelancongan menarik kerana di sini terdapat pelbagai keistimewaan yang tidak terdapat di lokasi lain di Malaysia.

” Saya percaya Gua Niah yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pasti akan turut mendapat perhatian daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC),” katanya.

Perhatian yang dimaksudkan menurut Abang Johari termasuklah usaha -usaha membaiki kemudahan dan promosi lokasi berkenaan.

Gua Niah merupakan gua yang terbesar dan tertua di Malaysia malah merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia.

Sebelum ini, sekumpulan pengkaji dari University New South Wales turut menemukan bukti bahawa Gua Niah pernah didiami manusia sejak lebih 45,000 tahun lalu. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.