Pemilik perniagaan Sarawak disaran daftar SSM

By Salasiah Safian
Spread the love

KAPIT, 28 Nov : Pemilik perniagaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini disarankan untuk mendaftarkan perniagaan masing – masing dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Perniagaan , Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ia bagi membolehkan pemilik perniagaan yang layak menikmati kemudahan dan insentif yang disediakan oleh kerajaan.

“Apabila meneliti isu ini dengan lebih mendalam, kita dapati ini berpunca daripada kegagalan mereka mendaftarkan perniagaan dengan SSM.

“Ini menyebabkan ada komuniti peniaga yang tercicir daripada inisiatif ini yang dilaksanakan secara automatik berdasarkan pangkalan maklumat perniagaan SSM,” katanya dalam ucapan di Majlis Penutup Karnival Advokasi Kepenggunaan Belia bersama KPDNHEP di Kapit Town Square di sini malam tadi.

Alexander berkata, beliau memahami situasi di Sarawak yang mana pemilik perniagaan lebih banyak mendaftarkan perniagaan mereka dengan agensi di bawah kerajaan negeri termasuk Majlis Daerah (MD) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.

“Pendaftaran dengan SSM akan membolehkan lebih banyak bantuan perniagaan disalurkan kepada yang layak, seperti golongan B40 dan M40 berdasarkan pangkalan data perniagaan yang berdaftar dengan SSM,” ujarnya.

Karnival advokasi kepenggunaan belia bersama KPDNHEP di Kapit Town Square, Sarawak julung kali diadakan dan ia bertujuan memberi pendedahan yang lebih meluas mengenai informasi kepenggunaan dan perniagaan kepada penduduk sekitar terutamanya golongan belia.

Antara program yang diadakan adalah seperti ceramah hak-hak pengguna, pertandingan E-Sport Mobile Legends dan ip-explorace yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan golongan belia di Kapit.

Di majlis yang sama, Alexander turut menyampaikan bantuan CSR daripada SSM kepada pelbagai penerima di Kapit berjumlah hampir RM130,000. – TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design