Anak-anak Sarawak penyumbang besar kepada politik negara – Annuar Musa

By Akma Salleh
Spread the love

TANJUNG MANIS, 27 NOV: Sumbangan anak-anak Sarawak kepada politik nasional amat besar yang disalurkan melalui kebijaksanaan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau turut menyifatkan peranan GPS sebagai ‘besar nilainya di peringkat nasional’ kerana parti tersebut merupakan sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan berikutan faktor kestabilannya yang memanfaatkan rakyat Sarawak.

“Faktor kestabilan GPS jugalah yang membolehkan rakyat Sarawak menikmati dan berada pada tahap yang ada sekarang.

“Ini kerana kematangan dan kebijaksaan yang ada pada parti pimpinan tersebut,” katanya ketika berucap pada Program Sepakat Komuniti di Terminal (Pangkalan), Tanjung Manis pada Sabtu.

Ujarnya lagi, hampir satu per tiga portfolio di kerajaan pusat dipimpin oleh anak-anak Sarawak dan pihaknya juga akan terus menyokong pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Annuar turut menafikan khabar angin bahawa Barisan Nasional akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

“Jangan reka cerita kerana BN memberi sokongan kepada GPS untuk terus memimpin di bawah pimpinan Ketua Menteri kita di sini,” tambahnya lagi.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design