Pengumuman harga barangan terkawal dalam masa terdekat

By Nurul Husna Bt Mohd Hysham
Spread the love

KUALA LUMPUR, 26 Nov: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengumumkan langkah-langkah tertentu bagi membendung kenaikan harga barangan keperluan dalam masa terdekat.

Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, satu pertemuan telah diadakan bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan semalam bagi membincangkan dengan lebih terperinci mengenai isu tersebut.

“KPDNHEP sedar akan kenaikan harga barang keperluan. Jadi seperti mana yang dimaklumkan serta dijelaskan, sebenarnya kenaikan ini adalah menyeluruh, bukan sahaja di negara kita, di negara lain pun, seperti ayam, sayur-sayuran dan telur. 

“Semalam tiga kementerian bermesyuarat untuk berbincang mengenarai kaedah yang mungkin dapat mengawal keadaan ini. Kalau boleh kita kurangkan harga barangan keperluan. Saya minta sabar sedikit untuk pengumuman rasmi,” ujar Nanta.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan cawangan ke-2,000 kedai 99 Speedmart di Puncak Sentul pada Khamis.

Nanta berkata kebanyakan punca kenaikan harga barangan keperluan berada di luar kawalan pihak kementerian.

Jelas beliau, isu itun bukan sahaja membabitkan kenaikan makanan ayam, malah ia turut melibatkan kos operasi di ladang-ladang. – TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.