Setiap undi main peranan penting tentukan masa depan Sarawak – Dr Jeniri

By Nisa Kasnoon
Spread the love

KUCHING, 25 Nov: Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak mampu mencapai hingga 65 peratus.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Jeniri Amir, percaya dengan kadar vaksinasi yang tinggi serta kes yang semakin berkurangan, rakyat dijangka akan lebih yakin untuk keluar mengundi pada hari pengundian nanti.

Pada masa yang sama, tegasnya, ia menjadi tanggungjawab pihak terlibat untuk terus meyakinkan para pengundi supaya menunaikan tanggungjawab mereka.

“Saya percaya ia menjadi tugas dan tanggungjawab semua pihak, khususnya calon dan jentera parti politik, akar umbi dan pemimpin, untuk meyakinkan dan memujuk para pengundi supaya turun mengundi, kerana jika mengambil kira SOP yang dilaksanakan SPR, peratusan vaksinasi yang tinggi di Sarawak, dan jumlah kes jangkitan COVID yang sudah menjunam, tidak ada sebab kenapa para pengundi tidak yakin untuk keluar mengundi.

“Percayalah bahawa mengundi itu selamat, malah lebih selamat daripada aktiviti makan di kedai, dan sebagainya,” katanya ketika menjadi tetamu program bual bicara ‘Sarawak Decides’ di TVS semalam.

Dr Jeniri berkata, apa yang paling penting adalah setiap pengundi itu perlu tahu bahawa undi mereka memainkan peranan penting untuk menentukan masa depan Sarawak kerana ia memberi impak kepada seluruh rakyat.

“Yang paling penting adalah mereka harus menganggap setiap undi, walaupun satu undi, dapat menentukan siapa yang akan menang. Dalam sejarah pilihan raya di Sarawak, kemenangan calon pernah berlaku hanya kerana calon ada kelebihan tujuh undi sahaja.

“Jadi maksudnya mereka kena buat keputusan untuk memastikan calon parti, yang memerintah nanti dan bertanggungjawab menentukan masa depan negeri Sarawak, dapat memelihara kestabilan politik dan kesinambungan pembangunan yang telah dinikmati selama ini, ” ujarnya lagi. – TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.