Pertahankan perpaduan Sarawak – Abang Johari

By Nur Suhaida Muliyono
Spread the love

BARAM, 25 Nov : Rakyat Sarawak perlu mempertahankan keharmonian dan perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama yang sudah lama terjalin.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, nilai murni berkenaan telah menjadikan Sarawak antara negeri yang unik di mata dunia.

Baginya, rakyat negeri ini telah bersatu dalam kepelbagaian sekaligus mewujudkan Sarawak yang aman dan damai.

“Hampir setiap tahun, Sarawak mendapat peruntukan sebanyak RM10 bilion dalam pembentangan bajet dan ini semua adalah untuk membantu rakyat.

“Kenapa kita buat semua ini? Kerana negeri kita aman, rakyat kita bersatu padu, memahami perasaan antara satu sama lain walaupun kita berbilang agama,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Pusat Khidmat Baharu di Mulu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari Tun Openg berkata, rakyat Sarawak rakyat tidak perlu bergaduh disebabkan perkara remeh temeh seperti yang berlaku di Semenanjung Malaysia.

” Baru – baru ini di Semenanjung Malaysia, soal Timah juga diperbesarkan menjadi masalah negara.

“Kita di Sarawak aman, kalau hendak menggunakan kalimah Allah, gunakan saja dengan penuh hormat. Itu tidak menjadi masalah di sini,” katanya.

Pada masa sama katanya, Kerajaan negeri tidak pernah meminggir atau memisahkan mana-mana kaum atau agama di negeri ini.

” Hal ini terbukti dengan tertubuhnya Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi membantu badan-badan keagamaan lain di Sarawak,” katanya. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.