Penamaan calon PRN Ke-12 Sarawak secara online?

By Firdaus Ismail
Spread the love

KUCHING, 25 Nov : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dokumen prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak yang tular dan dilaporkan oleh beberapa media semalam adalah dari pihaknya.

Menurut sumber SPR, ini kerana dokumen berkenaan masih perlu ‘melepasi’ beberapa pihak berkuasa sebelum dimuktamadkan.

Sehubungan itu katanya, orang ramai diminta tidak mudah percaya dan menularkan dokumen yang belum dipastikan kesahihannya.

“Di Sarawak, situasinya berbeza berbanding PRN Melaka kerana perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak terlebih dahulu. Pada masa sama, penilaian mereka sangat ketat,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Semalam, beberapa media melaporkan, SOP PRN Ke -12 antaranya membenarkan penganjuran ceramah di kawasan kampung dan rumah panjang namun hanya boleh dihadiri oleh penduduk setempat sahaja.

Katanya lagi, dokumen yang ditularkan itu setakat ini hanya melepasi ‘pintu’ Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan tarikh penting PRN Ke -12 Sarawak semalam menjelaskan SOP PRN ke-12 Sarawak sedang dikemas kini oleh KKM, MKN, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JBPN Sarawak.

Ditanya mengenai syarat ketat yang mungkin dikenakan di Sarawak, sumber SPR terbabit tidak menafikan perkara itu.

“Mungkin penamaan calon dilakukan secara dalam talian sahaja,” katanya.

SPR semalam menetapkan hari penamaan calon pada 6 Disember 2021 manakala hari pengundian pada 18 Disember. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.