Pembukaan pusat khidmat baharu di Mulu sasar perkembangan sosioekonomi dalam tempoh lima tahun

By Nur Suhaida Muliyono
Spread the love

BARAM, 25 Nov : Pembukaan pusat khidmat baharu di Mulu dilihat sebagai satu titik perkembangan sosioekonomi di kawasan itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembinaan pusat khidmat tersebut antaranya merangkumi medan selera, Majlis Daerah Kecil Mulu dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bakal dibangunkan secara berperingkat.

“Kerajaan pusat sebelum ini pernah merancang untuk menyalurkan dana bagi pembinaan pusat khidmat ini, namun oleh kerana mereka agak perlahan jadi saya pun membuat keputusan untuk kerajaan negeri mengambil alih projek pembangunan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Pecah Tanah Pusat Khidmat Baharu di Mulu Marriott Resort & Spa Hotel di sini hari ini.

Dalam pada itu, jelas Abang Johari, projek pembangunan jalan raya bakal menyusul memandangkan kawasan Mulu merupakan salah satu lokasi tarikan pelancongan di Sarawak dan dinaik taraf menjadi sebuah daerah kecil.

“Agak susah kalau pelancong hendak datang ke Mulu kerana kalau mereka terkandas di sini akibat cuaca tidak elok, mereka akan terlepas penerbangan.

“Jadi kita akan bina jalan raya berturap, pelancong boleh datang ke sini bila-bila apabila jalan raya sudah siap sepenuhnya kelak dan hanya memakan masa kira-kira satu jam 40 minit dari Miri,” katanya.

April lalu, Ketua Menteri telah menyuarakan persetujuan beliau terhadap pembinaan pusat khidmat dan perbandaran mini untuk daerah kecil Mulu bertujuan memenuhi keperluan penduduk sekitar dan membantu industri pelancongan di Mulu.

Perasmian Majlis Pecah Tanah New Service Centre Mulu yang diadakan di Mulu Marriott Resort & Spa Hotel itu turut dihadiri Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Dato Gerawat Gala dan Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.