Gerawat Gala akan pertahankan kerusi DUN Mulu – Abang Johari

By Nur Suhaida Muliyono
Spread the love

MULU , 25 Nov : Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengekalkan Datuk Gerawat Gala yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata , ini kerana Gerawat mempunyai kerjasama baik dengan Ahli Parlimen Baram , Anyi Ngau dan diyakini akan dapat meningkatkan aktiviti sosioekonomi di kawasan berkenaan seperti dalam perancangan GPS.

” Menerusi gandingan mereka (Gerawat dan Anyi), saya yakin kawasan Baram melalui Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) , akan kita bangunkan dengan lebih tersusun,” katanya.

Datuk Gerawat Gala penyandang kerusi DUN Mulu.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Pusat Khidmat Mulu di sini hari ini.

Menurut beliau, Mulu merupakan kawasan yang berpotensi untuk terus dimajukan setelah dinaik taraf sebagai daerah kecil.

Pada PRN Ke -11 Sarawak, Gerawat menang kerusi berkenaan dengan memperolehi 3,198 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Beliau menewaskan wakil PKR, Pauls Baya dengan majoriti 1,708 undi manakala calon DAP dan Bebas turut tumbang. – TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.