Dennis Ngau terus pikul harapan GPS pertahankan Telang Usan – Abang Johari

By Luqman Muhammad
Spread the love

MARUDI, 25 Nov : Gabungan Parti Sarawak (GPS) memutuskan untuk mengekalkan Dennis Ngau sebagai calon mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari ketika mengumumkan perkara itu turut mengucapkan tahniah kepada Dennis.

” Beliau akan terus diamanahkan untuk jaga Telang Usan,” katanya pada Majlis Perasmian Projek Bekalan Air Bersih di sini hari ini.

Semalam, Abang Johari turut memberi bayangan bahawa penyandang di lima kerusi DUN iaitu Senadin, Piasau, Marudi, Landir dan Bekenu akan terus diberi tanggungjawab untuk bertanding dalam PRN Ke-12 Sarawak.

Hari ini dalam satu program di Mulu, beliau mengesahkan penyandangnya, Datuk Gerawat Gala turut akan turun mempertahankan kerusi DUN Mulu.

Berbalik kepada DUN Telang Ulang, pada PRN Ke-11 lalu, Dennis Ngau diberikan cabaran sengit oleh wakil PKR namun beliau berjaya menewaskan lawannya dengan majoriti 167 undi. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.