KPKT teliti modal terbaik pastikan orang muda miliki rumah

By Febbright James
Spread the love

KOTA SAMARAHAN 25 Nov : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini sedang meneliti modal terbaik untuk orang muda memliki perumahan pertama mereka.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, KPKT akan mengusulkan cadangan mewujudkan panel pakar bagi membantu dan memberi nasihat kepada kementerian itu berhubung isu perumahan. 

“Usaha ini penting untuk KPKT melalui bank negara meneliti modal terbaik untuk orang muda memiliki perumahan pertama mereka. 

“Panel pakar ini melibatkan wakil daripada Bank Negara, Bank Dunia, Institut Penyelidikan Khazanah, pemaju perumahan dan penjawat awam berpangkat tinggi,” katanya.

Beliau demikian ketika sidang media Majlis Penyerahan Kunci  Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di Ike Village, di sini hari ini. 

Yang turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian. 

Tambahnya lagi, usaha ini bakal menjadi proses berterusan dan mesyuarat pertama akan diadakan pada Januari 2022

“Bagaimanapun salah satu kekangan yang dihadapi ketika ini ialah Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS). 

“Namun dari segi penilaian, sekarang sudah ada bank mula melakukan migrasi daripada analisis konvensional bagi meneliti penyata CCRIS, nisbah hutang dan sebagainya kepada analisis psikometrik,” katanya. 

Tambahnya, menerusi usaha ini kerajaan dapat mengenal pasti corak perbelanjaan seseorang, sekali gus dapat menjamin kestabilan kewangan tanpa merujuk kepada slip gaji.  -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.