Anak buaya Tembaga tersangkut dalam pukat diselamatkan

By TVS
Spread the love

BATU NIAH, 25 Nov : Seekor anak buaya Tembaga yang tersangkut pada pukat yang dipasang di ladang kelapa sawit berhampiran Rumah Branyai , Sebatu Niah diselamatkan oleh sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Batu Niah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah, Pegawai Bomba Tinggi (PBT II) Rary Binjie berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Katanya, operasi khidmat khas itu disertai oleh lapan anggota dan pegawai balai berkenaan.

“Bomba menerima panggilan daripada Tuai Rumah Branyai yang meminta bantuan untuk mengalihkan anak buaya yang tersangkut dalam pukat yang dipasang di kawasan ladang sawit yang terletak kira -kira 25 kilometer (km) dari balai.

“Anak buaya itu dipercayai tersangkut pada pukat yang dipasang ketika air melimpah masuk ke kawasan ladang sawit yang berdekatan dengan sungai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya mengambil mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan anak buaya sepanjang kira-kira lima kaki dan seberat 15 kilogram itu.

Buaya itu kemudian diserahkan kepada pihak Sarawak Forestry Corporation Miri untuk tindakan lanjut.

Buaya tembaga atau nama saintifiknya  Crocodylus Poro boleh hidup dalam air masin dan tawar. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.