Bas bergerak semarakan budaya membaca – Fatimah

By Nurul Husna Bt Mohd Hysham
Spread the love

KUCHING, 24 Nov – Kerajaan negeri mengalu-alukan inisiatif pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menyemarakkan budaya membaca di kalangan kanak – kanak di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak negeri, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sebagai contoh inisiatif oleh 38 Yayasan Amal Cinta hari ini yang menyumbang sebuah bas kepada Persatuan Pecinta Buku Kuching untuk dijadikan perpustakaan bergerak akan memanfaatkan kanak -kanak di luar bandar.

“Ini kerana perpustakaan bergerak ini boleh ke lokasi – lokasi di luar pusat bandar dan membawa pelbagai bahan bacaan untuk golongan sasar dan seterusnya menyebarkan budaya membaca dan cintakan ilmu di kalangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Bakul Makanan Giving love, Grateful heart anjuran Persatuan Pecinta Buku Kuching hari ini.

Sempena program itu, Fatimah turut menyumbang 27 buah tablet kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuching High dan kerusi roda kepada Pertubuhan Orang Cacat Sarawak.

Sementara itu, 38 Yayasan Amal Cinta menyumbang sebuah ambulans kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Kuching dan 300 bakul makanan kepada dua pertubuhan orang kurang upaya (OKU), empat sekolah dan satu kampung.

Mengulas lanjut mengenai bantuan bakul makanan, Fatimah berkata, program itu bukan sahaja untuk penduduk bandar sebaliknya menerusi kerjasama dengan NGO, ia juga dapat diperluaskan di kawasan luar bandar.

“Pada masa hadapan, saya berharap supaya lebih banyak program seperti ini diadakan,” katanya. – TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.