Senyuman selepas ‘melayang’ RM1500 dikompaun langgar SOP

By TVS
Spread the love

SIBU, 24 Nov : Seorang lelaki masih mampu tersenyum ketika gambarnya dirakam oleh polis selepas dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Sambil memegang notis kompaun berkenaan, pemuda berusia 20 tahun itu yang berasal dari Sungai Bakong, Kanowit tetap bersahaja memberikan ‘pose terbaiknya’.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Collin Babat berkata, selain itu seorang lagi lelaki berusia 31 tahun turut dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang berkuatkuasa.

” Mereka berdua ditahan di Pasar Sentral , Jalan Channel pada tengah hari semalam ketika rondaan dilakukan oleh Pasukan Pemantau Pematuhan SOP yang diketuai oleh Asisten Superintendan (ASP) Kushairy Bujang, ” katanya kepada TVS di sini hari ini.

Menurut Collin, kedua – dua lelaki itu turut memberikan alasan yang tidak munasabah iaitu ‘terlupa’ untuk memakai pelitup muka.

“Kedua -dua Orang Kena Kompaun (OKK) ini perlu menjelaskan bayaran kompaun dalam tempoh 14 hari di Pejabat Jabatan Kesihatan Daerah Sibu.” katanya. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.