Rumah pekerja di Bintawa musnah terbakar

By Khairil Zharif Affindie
Spread the love

KUCHING, 24 Nov : Sebuah rumah pekerja di Jalan Daya, Bintawa, di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Kebombaan Dan Penyelamat , Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira – kira pukul 1.27 petang tadi mengenai kebakaran yang berlaku di Lorong 7 itu.

” Seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan Padungan dikejarkan ke lokasi untuk memadam kebakaran dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi TVS.

Menurut beliau, walaupun Bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke premis lain, kebakaran berkenaan telah memusnahkan sepenuhnya struktur rumah satu tingkat itu yang berkeluasan kira – kira 20 kaki persegi.

” Ketika kejadian, tiada pekerja berada dalam rumah berkenaan,” katanya

Beliau memberitahu, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.  -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.