Polis rampas 9,060 pil eramin 5 di Kuching

By Ahmad Burhanuddin
Spread the love

KUCHING, 24 Nov : Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching merampas sejumlah 9,060 biji pil eramin 5 dalam satu operasi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, nilai rampasan itu dianggarkan sebanyak RM135 960.

Katanya, kejayaan itu hadir selepas pihaknya bekerjasama dengan sebuah syarikat pengendali kurier di daerah ini.

“Kesemua pil eramin 5 ini disembunyikan di dalam kepingan foil berwarna merah dan kelabu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau menambah, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Ashmon memakluman, seramai 21 individu ditahan dalam serbuan di lima lokasi di daerah ini atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Katanya, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan umur 21 hingga 40 tahun termasuk seorang wanita itu ditahan dalam operasi selama lapan hari yang dilakukan oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD berkenaan.

“Operasi dijalankan di beberapa premis di Lorong Tun Ahmad Zaidi Adruce, Lorong Tunku Petra, Jalan Astana, Kampung Tabuan Hilir dan Jalan Ban Hock,” katanya.

Beliau memberitahu, polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 9.5 gram dan sebiji pil eramin 5.

“Kesemua kes disiasat mengikut beberapa peruntukan undang – undang termasuk Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan terdapat 11 kes Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.