Batik Linut Lamin Dana ke peringkat antarabangsa

By Luqman Muhammad
Spread the love

MIRI, 24 Nov : Batik Linut Lamin Dana yang merupakan produk hasil keluaran negeri ini kini akan dipromosikan ke pasaran antarabangsa dengan lebih agresif menerusi bandar raya Miri.

Ketua Menteri , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata , usaha itu juga berpotensi menjana pendapatan kepada penduduk setempat dan pada masa sama, melatih usahawan tempatan.

Katanya, beliau juga begitu kagum dengan usaha Lamin Dana Sdn. Bhd. kerana telah menggunakan sumber sedia ada di Sarawak untuk untuk menghasilkan produk yang mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Jelasnya, produk itu merupakan satu usaha inovasi dan berbeza dengan batik tradisional yang dihasilkan di negeri – negeri lain.

“Saya berkesempatan bertanya kepada pakar bagaimana untuk memanfaatkan sagu dengan menghasilkan produk yang lain .

” Saya dimaklumkan terdapat beberapa produk yang kita berjaya hasilkan seperti biogas termuni dan sisa cecair sagu untuk kegunaan isi rumah. Hari kita berjaya hasilkan produk baharu iaitu batik linut,” katanya.


Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Proudly Sarawak Batik Linut Texktiles di sini hari ini.

Batik Linut mula diperkenalkan pada April 2019 sempena minggu tekstil Borneo di Kota Kinabalu, Sabah dan selepas itu di Pesta Kaul Mukah.

Jenama berkenaan kemudian dipromosikan di Singapura sempena Pembukaan Pejabat Perdagangan dan Pelancong Sarawak (STATOS) pada Ogos tahun yang sama.

Keunikan tekstil itu ialah pada linut, iaitu sagu yang dihasilkan daripada pohon rumbia, yang merupakan tanaman dan produk industri yang sinonim dengan Mukah dan suku Kaum Melanau. – TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.