Abang Johari beri bayangan kekal 5 penyandang DUN Miri

By Luqman Muhammad
Spread the love

MIRI, 24 Nov : Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa gabungan itu mungkin akan mengekalkan lima penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia ada di Miri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini.

Katanya, ini kerana kelima – lima wakil rakyat berkenaan telah membuktikan mampu menjalankan tugas dengan baik.

” Mereka kerja kuat, oleh itu kita akan kekalkan supaya dapat terus memberi khidmat kepada rakyat, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam bersama rakyat di sebuah hotel di sini malam ini.

Abang Johari menambah, dalam GPS, kesemua wakil rakyatnya bekerja sebagai satu pasukan dan bukan hanya beliau seorang yang ‘buat kerja’.

“Mereka sentiasa berusaha untuk membangunkan kawasan masing – masing,” katanya.

Difahamkan, DUN berkenaan membabitkan Senadin, Piasau, Marudi, Landir dan Bekenu. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.