Sarawak sasar muncul negeri kaya dengan sumber tenaga menjelang 2030

By Febbright James
Spread the love

KUCHING, 23 Nov : Sarawak berhasrat menjadi negeri yang kaya dengan sumber tenaga menjelang 2030 , kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mempunyai wawasan kukuh dan keupayaan untuk mencapai hasrat berkenaan, Abang Johari berkata, ini kerana negeri ini mempunyai banyak tasik buatan dan sumber air yang boleh dimanfaatkan menjadi sumber tenaga hidrogen.

Abang Johari berkata, beliau menjangkakan dalam tempoh antara lima hingga 10 tahun , Sarawak akan menjadi negeri yang banyak mengeluarkan tenaga hidrogen.

” Oleh itu, sekarang kerajaan mula memfokuskan minat menjadikan pengeluaran hidrogen sebagai sumber baharu bagi menjana pendapatan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Stesen Pelbagai Bahan Bakar Kedua milik Petros di MJC Batu Kawah.

Yang turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Menurut Abang Johari, dalam usaha memacu potensi Sarawak ke arah negeri yang kaya sumber, kerajaan negeri telah menjalinkan kerjasama dengan Korea Selatan, Jepun dan Australia untuk meneroka teknologi tinggi yang diamalkan dalam pengeluaran hidrogen.

” Sarawak juga mensasarkan untuk beralih menggunakan tenaga mesra alam yang akan dilaksanakan menerusi penubuhan banyak lagi stesen minyak yang menyediakan pelbagai sumber tenaga seperti hidrogen, elektrik dan minyak biasa,” katanya.

Abang Johari berkata, kemampuan Sarawak untuk mencapai matlamat berkenaan bukan ‘omong kosong’ memandangkan negeri ini telah menyumbang 60 peratus sumber gas di Malaysia.

” Oleh itu, saya percaya Petros akan menjadi pemain terbesar dalam industri ini sekaligus mampu meningkatkan pendapatan Sarawak,”ujarnya. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design