Petros Darul Hana beroperasi Disember, SEDC Energy rancak bina stesen lain

By Odleen Catherny
Spread the love

KUCHING, 23 Nov : Cawangan Petros Darul Hana yang juga merupakan stesen pelbagai bahan bakar dijangka mula beroperasi pada bulan depan.

Stesen kedua pula dilancarkan hari ini oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang akan menyempurnakan majlis pecah tanahnya di MJC Batu Kawah.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Energy Sdn.Bhd. , Robert Hardin berkata, pencapaian ini membawa harapan untuk Sarawak menuju ke arah kelestarian , alam sekitar yang lebih bersih serta merancakkan ekonomi hidrogen di negeri ini.

“ Stesen pertama di Darul Hana sudah hampir siap. Pada masa sama, kita berasa amat teruja kerana ini merupakan langkah kedua kami dalam bidang ini,” katanya kepada TVS baru – baru ini.

Menurut Robert, Kerajaan Sarawak sangat fokus serta tegas untuk memastikan projek – projek baharu serta yang bakal dilaksanakan mengutamakan aspek kelestarian alam sekitar.

” Bertepatan dengan fokus kerajaan negeri, SEDC Energy menerima sokongan berterusan untuk mengendalikan projek-projek berteknologi tinggi ini,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Energy

SEDC Energy juga katanya sudah mempunyai pelan perancangan yang jelas dalam memainkan peranan memastikan ekosistem hidrogen kekal konsisten dan relevan untuk jangka masa yang panjang.

“Ketika ini, SEDC Energy sedang memajukan satu rangkaian stesen pelbagai bahan bakar ataupun multifuel di seluruh Sarawak. Kita telah menyiapkan pelan dan strategi untuk menghubungkan seluruh bandar di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, agensi itu juga akan menyediakan pelan penghasilan hidrogen hijau yang besar bukan sahaja untuk tujuan eksport tetapi turut dibekalkan dalam negeri sebagai menyokong permintaan penduduk tempatan.

Sarawak menjadi negeri yang pertama di Malaysia mewujudkan stesen pelbagai bahan bakar ataupun multifuel dengan menyediakan bahan bakar konvensional iaitu petrol, mogas dan diesel, tempat mengecas kenderaan elektrik dan juga tempat pengisian bahan bakar hidrogen.

Konsep stesen 3 dalam 1 ini dibina oleh SEDC Energy Sdn Bhd, iaitu anak syarikat SEDC yang bergerak selari dengan aspirasi kerajaan Sarawak ke arah menjana alam sekitar yang lebih bersih.

Terdahulu, SEDC Energy melaporkan enam stesen 3 dalam 1 ini akan dibina di Sarawak iaitu dua di Kuching dan satu stesen masing-masing di Sri Aman, Sibu, Bintulu dan juga Miri. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design