Abdul Karim ramal tarikh undi PRN12 Sarawak 18 Dis ini

Spread the love

KUCHING, 23 Nov : Naib Presiden , Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) , Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah meramalkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) Ke-12 Sarawak masing-masing pada 6 dan 18 Disember ini.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa ini hanyalah spekulasinya berdasarkan apa yang beliau perhatikan menerusi kalendar.

“Apabila saya lihat baki tarikh yang ada, memang tidak ada banyak masa lagi untuk pilihanraya negeri diadakan. Sambutan Krismas jatuh pada minggu terakhir bulan Disember dan saya juga melihat minggu yang ada sebelumnya.

“Tempoh berkempen kebiasaannya mengambil masa antara 12 dan 14 hari, sebab itu saya meramalkan tarikh penamaan calon pada 6 Disember dan tarikh pengundian pula pada 18 Disember,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil kepada Ketua Masyarakat di Asajaya, di sini, semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai calon belia yang akan bertanding kali ini , Abdul Karim berkata, memandangkan golongan belia diklasifikasikan antara umur 18 hingga 40 tahun, beliau menasihatkan golongan dalam kategori ini supaya tidak tergesa-gesa bertanding sebagai calon pilihanraya.

“Saya selalu mengatakan bahawa saya menyokong golongan berusia 18 tahun untuk menggunakan hal mereka untuk mengundi dalam pilihanraya, tetapi saya juga berpendapat bahawa mereka tidak perlu tergesa-gesa menjadi calon.

“Mereka sepatutnya merasai nikmat kehidupan terlebih dahulu seperti membina keluarga,” katanya.

Beliau menambah bahawa beberapa calon muda telah tewas dalam pilihanraya negeri Melaka yang baharu sahaja berakhir kerana beranggapan pengundi bijak dalam membuat keputusan memilih wakil rakyat mereka. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live