Bomba bersampan padam kebakaran rumah panjang

By TVS
Spread the love

MIRI, 20 Nov : Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Niah terpaksa menggunakan sampan yang dipinjam dalam usaha memadam kebakaran di Rumah Panjang Sulang, Sungai Tajan pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Sarawak, ketika kejadian pada 11.47 pagi tadi, beberapa anggota balai berkenaan secara kebetulan berada di Dewan Sepupok tidak jauh dari situ kerana sedang membuat persiapan untuk Program Komuniti Bomba.

” Mereka kemudian bergegas ke tempat kejadian dan meminjam sampan penduduk kampung untuk sampai ke lokasi kebakaran yang mengambil masa 40 minit,” jelas kenyataan itu.

Setibanya di kawasan kebakaran, anggota Bomba terus membentangkan hos dua nozel sepanjang 200 kaki menggunakan pam angkut untuk mendapatkan air dari sungai.

Difahamkan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan memandangkan kesemua 15 orang penghuni rumah tersebut tiada di rumah ketika kebakaran namun sebuah kereta milik penghuni musnah sepenuhnya.

Api berjaya dikawal sepenuhnya dalam tempoh sejam. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design