Remaja perempuan 16 tahun antara PATI cuba masuki Sarawak dari Lundu

By Odleen Catherny
Spread the love

KUCHING, 12 Nov : Seorang remaja perempuan antara enam wanita Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang diusir dalam percubaan memasuki Sarawak melalui lorong tikus di Lundu.

Kesemua mereka antara 27 orang PATI yang cuba menyelinap masuk ke ke Sarawak dari Indonesia.

Menurut kenyataan Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div), 21 individu lagi adalah lelaki dari lingkungan umur 22 hingga 55 tahun.

“Kesemua mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah ketika ditahan memasuki negara ini dan telah dicekup dalam kejadian 8.30 malam pada 11 November.

“Tangkapan dibuat di sebuah kawasan ladang kelapa sawit berdekatan Biawak, Lundu,” kata kenyataan tersebut.

Kesemua PATI diusir dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu untuk tindakan selanjutnya.

Kenyataan tersebut turut memberitahu bahawa pemantauan serta rondaan berterusan giat dijalankan oleh pasukan yang bertugas menerusi inisiatif OP Benteng.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design