Padah layan dadah di pondok, dua lelaki bakal ke tali gantung

Spread the love

KUCHING, 12 Nov: Leka dan asyik “melayan” dadah di sebuah pondok, dua orang pemuda akhirnya ditahan pihak polis di Kampung Midin, Samariang dekat sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah, serbuan dilakukan sekitar jam 10 pagi , pada Khamis.

“Kedua-dua suspek lelaki ini merupakan warga tempatan, masing-masing berusia 27 dan 32 tahun.

“Hasil serbuan menjumpai satu paket plastik lutsinar di atas lantai pondok yang mana di dalamnya masing-masing terdapat serbuk dan ketulan kejernihan disyaki dadah jenis syabu,” katanya dalam satu siaran media, pada Jumaat.

Tambah Ahsmon, anggaran berat bagi syabu berkenaan adalah 52.38 gram.

“Suspek-suspek ini didapati positif dadah jenis Amphetamine setelah ujian awal air kencing dijankan atas mereka.

“Suspek berusia 32 tahun mempunyai dua rekod jenayah lampau,” jelasnya.

Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 39B 1952 dan sekiranya disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live