50 peratus penduduk dunia terdedah kepada ancaman bencana alam menjelang tahun 2030: PBB

By Bernama
Spread the love

ISTANBUL, 6 Nov: Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 50 peratus daripada penduduk dunia yang tinggal di kawasan pantai dijangka akan terdedah kepada ancaman banjir, ribut dan tsunami menjelang tahun 2030.

Sempena Hari Kesedaran Tsunami Sedunia pada Khamis lepas, PBB dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan bencana tsunami yang pernah berlaku sejak 100 tahun yang lalu, serta punca dan kesannya kepada masyarakat, bahayanya selepas kejadian, dan jumlah kematian.

Menurut Agensi Anadolu, laporan itu menyatakan bahawa pelaksanaan dasar dan langkah awal yang tepat serta sesuai dapat membantu mencegah potensi bencana.

PBB, yang menyenaraikan tsunami sebagai antara bencana alam paling berbahaya, menasihatkan agar urbanisasi dan pelancongan tidak dijalankan di kawasan yang mudah berlaku tsunami bagi mengelak risiko kepada penduduknya.

Sri Lanka, India, Indonesia, Thailand dan Jepun merupakan antara negara paling terjejas, menurut kenyataan itu.

Data PBB dan WHO menunjukkan kira-kira 260,000 orang maut dalam 58 kejadian tsunami yang melanda sejak 100 tahun yang lepas. 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Suruhanjaya Oseanografi Antara Kerajaan (IOC) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) telah menjalankan kajian untuk menyelaraskan khidmat amaran awal tsunami.

Stesen Amaran Awal Tsunami dan Sistem Tebatan telah diwujudkan bagi rantau Pasifik, Lautan Hindi, Caribbean dan Barat Laut Atlantik, Laut Mediterranean dan kawasan laut yang lain. 

Dengan laporan itu, UNESCO ingin meningkatkan kesedaran mengenai amalan yang harus dilaksanakan bagi meminimumkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda akibat tsunami.

IOC turut menganjurkan latihan komunikasi dan pemindahan penduduk di negara anggota, di bawah program kesedaran mengenai tsunami. – Bernama

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design