Bukit Aman kesan sindiket penipuan baharu tawar pekerjaan dalam talian

Spread the love

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mengesan satu modus operandi baharu sindiket menggunakan platform media sosial, bagi menawarkan pekerjaan dalam talian dengan menjanjikan pendapatan lumayan antara RM200 hingga RM300 sehari.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata sindiket ini menyasarkan golongan yang sedang mencari pekerjaan sambilan bagi menampung pendapatan tambahan isi rumah atau suri rumah.

“Memandangkan ramai golongan berkenaan bekerja dari rumah dan terkesan dengan COVID-19, maka sindiket ini menggunaakn modus operandi itu.

“Untuk menarik pelanggan, mereka sanggup menggunakan nama-nama syarikat besar seperti Lazada, Shopee, Seng Heng dan Carousell,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak berkuasa dan pihak syarikat berkaitan telah mengeluarkan banyak kenyataan akhbar menafikan terdapat tawaran kerja daripada mereka.

Mohd Kamarudin berkata sindiket ini menggunakan media sosial seperti WhatsApp, Instagram dan Facebook bagi menawarkan kerja sebagai ejen syarikat untuk membeli barangan di platform e-dagang untuk meningkatkan rating.

“Mangsa akan menerima WhatsApp dan diberikan pautan platform untuk memilih barangan yang perlu dibeli dan diberikan beberapa tugasan yang perlu diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.

“Mangsa juga diarahkan menghantar gambar produk dipilih kepada suspek yang kemudiannya diarahkan membuat pembayaran bagi produk dipilih ke akaun keldai diberikan oleh suspek,” katanya.

Beliau berkata bagi meyakinkan mangsa bahawa itu adalah pekerjaan yang sah, setiap pembelian yang dibuat mangsa, sindiket tersebut akan membayar semula harga barangan berkenaan dengan komisen tambahan lima peratus hingga lapan peratus.

Susulan itu, JSJK telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan kes itu dan mengambil tindakan mengesan dan menahan ahli-ahli sindiket berkenaan.

Mohd Kamarudin mendedahkan JSJK telah menahan seramai 168 ahli sindiket itu yang mengakibatkan kerugian RM4.6 juta bagi tempoh Januari hingga 31 Ogos tahun ini. – BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live