MOTAC sokong pencalonan Masjid Kampung Laut dalam senarai UNESCO

By Bernama
Spread the love

TUMPAT, 31 Okt: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyokong penuh perancangan untuk mencalonkan Masjid Kampung Laut yang berusia 300 tahun sebagai Tapak Warisan Dunia dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata kementerian juga menyambut baik hasrat untuk mencalonkan Laman Warisan Serunding Kampung Laut sebagai Tapak Warisan Kebangsaan.

“Kedua-dua projek ini berpotensi besar untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah UNESCO kerana ia memenuhi kriteria pencalonan iaitu lokasi tradisi budaya yang unik dan juga contoh seni bina luar biasa.

“Negeri Kelantan kaya dengan budaya dan warisan yang unik dan perlu dipulihara serta diketengahkan ke persada antarabangsa,” katanya dalam ucapan pada Majlis Penyerahan Laman Warisan Serunding Kampung Laut daripada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) kepada MOTAC, di sini hari ini.

Majlis penyerahan kunci telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Baidzawi Che Mat kepada Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Dr Noor Zari Hamat.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Mengulas lanjut, Nancy berkata pembangunan semula Kampung Laut dan pulangnya Masjid Kampung Laut ke tapak asalnya adalah bertepatan dengan pendekatan baharu MOTAC apabila seni dan budaya diberi keutamaan sebagai elemen utama produk pelancongan dalam usaha mempromosi Malaysia.

“Ia selaras dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 yang baru sahaja kita lancarkan pada 26 Okt lepas.

“DAKEN 2021 menggariskan wawasan menjadikan Malaysia ‘Negara Maju Rakyat Berbudaya’. Dasar ini akan menjadi inspirasi dan iltizam kepada MOTAC untuk memastikan kelestarian seni, budaya dan warisan dapat diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya,” katanya.

Laman Warisan Serunding Kampung Laut menyediakan ruang niaga untuk sembilan usahawan tempatan Kampung Laut yang menjual makanan istimewa tempatan seperti serunding, dodol dan gelembung buaya.

Pakej 2 Projek Pembangunan Semula Kampung Laut Laut dijangka siap awal tahun depan, terdiri daripada Laman Warisan Seni Kampung Laut dan pemindahan semula Masjid Kampung Laut berusia 300 tahun, masjid tersebut sebelum ini ia terletak di kampung tersebut namun dipindahkan ke Nilam Puri, Kota Bharu selepas tapak asalnya ditenggelami air akibat banjir.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design