Peruntukan hampir RM1 juta untuk penternak lembu bukan janji pilihanraya- TKM

By Febbright James
Spread the love

BAU, OKTOBER 29: Peruntukan Kerajaan Negeri Sarawak sebanyak hampir RM1juta untuk projek lembu pedaging dan untuk pembinaan kandang di Kampung Merembeh bukanlah janji pilihanraya, kata Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak menjelaskan projek lembu pedaging yang diperuntukkan  RM400,000 itu melibatkan seramai 30 peserta di Kampung Merembeh merupakan bantuan khas dari kerajaan negeri untuk membantu penternak membangunkan projek ternakan bagi menambahkan pendapatan.

“Untuk projek ternakan lembu ini, kerajaan akan membekalkan 150 ekor lembu dari beberapa jenis baka yang akan dibekalkan secara pawah (pinjam) melalui Program Pawah Lembu dan 30 ekor secara geran melalui Program Geran Baka Ternakan.

“Lembu pawah sebanyak 120 ekor ini perlu dibayar balik menggunakan anak lembu yang dilahirkan yang berumur 12 sehingga 24 bulan dalam tempoh enam tahun,”katanya ketika menyempurnakan Projek Ternakan Lembu Pedaging DUN Serembu.

Tambahnya lagi, peruntukan ini digunakan untuk penyediaan tanah (land clearing and preparation), pembelian, mesin serta pembinaan “shed” untuk menyimpan mesin.

Beliau yang turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk pembinaan rumah kandang lembu menekankan peruntukan tersebut bukanlah janji pilihanraya

Beliau menegaskan ini bukan hanya sekadar janji untuk pilihan raya, namun memang menjadi sebahagian tanggungjawab kerajaan di bawah Gabungan Parti Sarawak pimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ujarnya, industri penternakkan daging mempunyai potensi besar untuk dikembangkan di Sarawak walaupun populasinya hanya sebanyak 18,000 ekor sahaja, satu bilangan yang rendah jika dibanding dengan negeri lain.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design