Peladang e-Shop bantu usahawan Sarawak pasar hasil

Spread the love

KUCHING, 28 Okt : Inisiatif peladang e-Shop yang dilancarkan Kerajaan Sarawak diyakini akan memberi manfaat kepada usahawan tempatan termasuk petani bagi memasarkan hasil pengeluaran mereka secara lebih sistematik.

Timbalan Ketua Menteri , Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, peladang e-Shop yang terletak di Canaan Square, Kuching juga akan menjadi pusat sehenti apabila fungsinya dipelbagaikan termasuk menjadi pusat pengumpulan, pemprosesan, pembungkusan selain sebagai markas operasi secara dalam talian.

” Di sini, peserta juga boleh mempamerkan produk mereka yang terdiri daripada hasil pertanian yang segar, kuih muih dan produk Sarawak yang lain,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas melancarkan peladang e-Shop di Kuching hari ini untuk bantu usahawan dan petani tempatan memasarkan hasil dengan lebih sistematik.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri pelancaran peladang e-Shop di sini hari ini.

Menurut Amar Douglas, ketika ini seramai 13 usahawan tempatan, enam pertubuhan peladang kawasan dan 11 orang petani telah berdaftar untuk menyertai peladang e-Shop.

Antara produk keluaran usahawan tempatan yang dipamerkan di peladang e-Shop.

” Mereka terdiri daripada usahawan dan petani di seluruh negeri antaranya Kuching, Bau, Lundu, Asajaya, Samarahan, Siburan, Padawan, Kampung Semilang, Rampangi, Serian dan Bitangor,” katanya.

Selain itu, turut menjayakan inisiatif ini ialah Persatuan Nelayan Sarawak (PENESA). -TVS.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live