Ahli Parlimen berbusana batik hari ini

Spread the love

KUALA LUMPUR, 28 Oktober : Ahli Parlimen yang hadir di Dewan Rakyat mengenakan pakaian Batik Malaysia berwarna-warni pada persidangan berlangsung hari ini.

Antara dilihat berbusana batik adalah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri serta kebanyakan Ahli Parlimen lain.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa

Pada persidangan lepas, Jawatankuasa Dewan bersetuju dengan cadangan pemakaian baju batik Malaysia berlengan panjang bagi Ahli-Ahli Parlimen ketika menghadiri persidangan Dewan Rakyat setiap hari Khamis bertujuan mendukung warisan negara.

Dalam pada itu, Nancy ketika menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri memuji Ahli-Ahli Parlimen yang mengenakan pakaian Batik Malaysia.

“Bagi meraikan hari bersejarah pemakaian batik di Dewan Rakyat hari ini, saya dengan sukacita ingin memaklumkan Yang Berhormat dan semua Keluarga Malaysia akan mendapat rebat tunai bernilai RM30 bagi setiap pembelian bernilai RM100 yang dibelanjakan di premis atau pusat jualan kraftangan seluruh Malaysia,” katanya.

Dalam sidang media selepas itu, Nancy berkata kementeriannya sedang berusaha meningkatkan pendaftaran usahawan ke dalam Platform Digital MyCraftShoppe bagi membantu para usahawan dalam bidang kraftangan meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui jualan dalam talian.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live