Sarawak antara negeri diberi tumpuan khusus bagi merapatkan jurang pembangunan ekonomi- PM

By Lorenzo Isaac Ak Anthony
Spread the love

KUCHING, 23 OKTOBER : Kerajaan Persekutuan akan terus memberi fokus dan keutamaan dalam mendapat manfaat bantuan-bantuan kerajaan di bawah Keluarga Malaysia terutamanya golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19, kata Perdana Menteri Dato Sri Ismail Yaakob.

Menurut beliau, pembangunan sosio-ekonomi negara di negeri-negeri yang kurang membangun akan terus diberi keutamaan.

“Sarawak merupakan antara 6 negeri selain Sabah, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang diberi tumpuan khusus bagi merapatkan jurang pembangunan ekonomi antara negeri, wilayah, bandar dan luar bandar, agar kemakmuran ekonomi dinikmati secara adil dan saksama,” kata Ismail Sabri semasa Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia pada hari Sabtu di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Sarawak.

Bagi tujuan ini, beliau berkata sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruan peruntukan pembangunan asas persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan diagihkan kepada enam negeri ini.

“Antaranya melibatkan infrastruktur asas, pendigitalan, pendidikan, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pembangunan ekonomi,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, pendekatan yang sama juga akan menjadi intipati Bajet 2022 yang bakal dibentangkan pada minggu hadapan.

“Mengambil contoh sebuah keluarga, andai kata ada di kalangan anak kita yang lemah dari segi pembelajaran, sudah tentu kita akan memberi lebih tumpuan,”

“Dalam merealisasikan matlamat Keluarga Malaysia yang menekankan nilai-nilai Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran, kerajaan akan memantau secara dekat pelaksanaan program dan inisiatif yang dirancang, khususnya Sabah dan Sarawak, dalam usaha memastikan kita sama-sama membangun sebagai sebuah Keluarga Malaysia,” katanya.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design