Keluarga Malaysia diharap dapat pastikan hak dan keistimewaan semangat dan hak Sarawak, Sabah terus dihormati- KM

By Lorenzo Isaac Ak Anthony
Spread the love

KUCHING, 23 Oktober: Konsep Keluarga Malaysia yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob diharap dapat memastikan semangat, hak, keistimewaan Sarawak dan Sabah dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 terus dihormati dan difahami negeri-negeri lain.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, usaha untuk mengembalikan hak-hak yang telah terhakis bukanlah semata-mata untuk kepentingan Sarawak tetapi sebagai langkah ke arah untuk memperkukuhkan lagi jati diri warga Sarawak sebagai sebahagian daripada Keluarga Malaysia yang besar.

“Saya amat berharap pendekatan Keluarga Malaysia ini dapat melihat perbezaan-perbezaan yang ada dan merancangkan dasar-dasar pembangunan yang sesuai dengan keadaan di Sarawak mahupun Sabah supaya wilayah-wilayah ini lebih cepat maju mengikut jejak langkah Semenanjung.

” Saya percaya kebolehan untuk mendengar keluh kesah ahli-ahli keluarga kita juga penting untuk mempastikan suasana keluarga kita terus kekal mesra dan muhibbah , ” katanya ketika berucap bersempena dengan Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada malam Sabtu.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design