Seorang pendaki Gunung Lambak meninggal dunia akibat serangan jantung

By Bernama
Spread the love

KLUANG, 20 Okt: Seorang pendaki warga tempatan ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Gunung Lambak dekat sini, tengah hari tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang Pegawai Bomba Kanan II Norhakim Nordin berkata mangsa Teo Chee [email protected] Chee Kiong, 52, yang mendaki seorang diri, dipercayai mengalami serangan jantung ketika dalam perjalanan turun dan dijumpai orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata sejurus menerima panggilan pada pukul 12.25 tengah hari, seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan di tempat kejadian, dipercayai mengalami serangan jantung,” katanya dalam kenyataan.

Katanya mayat Teo dibawa turun dari puncak gunung dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.