Nelayan lemas selepas terjatuh dari sampan ketika cari kerang

By Bernama
Spread the love

BERUAS, 20 Okt: Seorang nelayan ditemukan mati lemas selepas terjatuh dari sampan yang dinaikinya ketika mencari kerang di perairan Kuala Panchor, Pantai Remis di sini, malam ini.

Mayat Shahril Daud, 33, ditemukan nelayan dalam keadaan terapung pada kira-kira pukul 7 malam tadi.

Jurucakap Jambatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pukul 3.35 petang dan operasi mencari mangsa diketuai Pegawai Bomba Mohd Akmal Hussin segera diaktifkan.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari bot berkenaan pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

“Radius pencarian diperluaskan sehingga 500 meter dari kawasan mangsa dipercayai terjatuh sebelum mayat mangsa ditemukan oleh nelayan pada pukul 7 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, katanya.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.