Empat individu termasuk pelajar tunggang motosikal secara berbahaya ditahan

Spread the love
@ym_yuliaevanna

Odw dari KL ke PD, tgk la aksi budak2 moto ni.. kitorg nak potong pun risau. Siap main tolak2 kwn lagi

♬ original sound – Yulia Evanna – Yulia Evanna
Kredit tiktok @ym_yuliaevanna

SEREMBAN, 20 Okt — Polis menahan empat individu termasuk seorang pelajar daripada tujuh lelaki yang menunggang motosikal secara berbahaya di Kilometer (KM) 14-16 Lebuhraya Seremban-Port Dickson seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kesemua mereka yang berumur 17 dan 18 tahun itu ditahan sepasukan anggota daripada Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson bersama Bahagian Trafik IPD Melaka Tengah di Bukit Rambai dan Cheng, Melaka pada pukul 1 pagi hingga 4 pagi tadi.

“Kesemua mereka direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu atau menunggang secara melulu dan bahaya.

“Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara kurang lima tahun dan denda RM5,000 hingga RM15,000 dan hilang kelayakan lesen memandu lebih lima tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Aidi Sham berkata usaha mengesan baki tiga lagi penunggang yang dikenali sebagai ‘Upa’, ‘Darwisy’ dan ‘Afiq’ yang didakwa turut terlibat dalam rakaman video itu juga sedang dijalankan.

Pada Ahad lepas, tular dalam media sosial memaparkan aksi kesemua penunggang itu menunggang motosikal dengan cara membongkok badan, bersaing sesama sendiri dan membuat aksi zig zag sehingga boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Perbuatan tersebut dipercayai dirakam oleh pemilik akaun tiktok ym_yuliaevanna dan dimuat naik dalam laman Facebook ‘N9 Info Trafik’.

— BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live