Penggiat industri pelancongan di Sarawak boleh tarik nafas lega, bakal terima bantuan kewangan

By Nur Suhaida Muliyono
Spread the love

KUCHING, 18 Okt: Penggiat industri pelancongan di Sarawak yang terkesan dengan pandemik COVID-19 bakal menerima bantuan  kewangan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Menterinya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata bantuan dengan jumlah keseluruhan RM61 juta itu bertujuan memberi keringanan kepada penggiat industri pelancongan untuk mengaktifkan semula operasi perniagaan mereka setelah sekian lama mengharungi tempoh yang amat mencabar.

“Sebanyak lima segmen pelancongan di bawah kendalian MOTAC yang menerima bantuan ini termasuk Pemandu Pelancong, Pengusahaan Pelancongan, Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), Spa dan Pusat Urut Kaki serta Program Pengalaman Homestay Malaysia yang telah berdaftar dengan MOTAC,” katanya dalam sidang media di Hotel Hilton, Kuching hari ini.

Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan kepada penggiat industri pelancongan ini merupakan yang kedua selepas Langkawi yang telah diadakan pada 10 Oktober lalu.

Dalam pada itu, kerajaan telah mencapai kata sepakat untuk memperluaskan bantuan kewangan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) kepada syarikat MM2H yang berlesen di bawah MOTAC.

Bantuan tersebut merupakan bantuan kali kedua kepada syarikat berkenaan di mana MOTAC melalui inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) telah menyalurkan bantuan kewangan bernilai RM3,000 kepada syarikat MM2H yang layak.

“Bantuan ini juga merupakan komitmen berterusan kerajaan bagi memulihkan rantaian ekonomi berkaitan sektor pelancongan, seni dan kebudayaan,” katanya.

Beliau juga yakin dengan pembukaan sempadan negeri bermula 11 Oktober lalu dapat membuka jalan dan ruang untuk memulihkan kembali sektor pelancongan, seni dan budaya dan seterusnya dapat membina kembali kekuatan ekonomi negara. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.