Pembangunan berterusan di kampung nelayan, rapatkan jurang penduduk kampung dan bandar

By Khairil Zharif Affindie
Spread the love

KUCHING, 19 OKTOBER : Pembangunan di Kampung Salak akan dijalankan secara berterusan dalam memastikan penduduk menikmati pembangunan lestari setanding dengan penduduk bandar, kata Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching (DBKU)) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Terletak di sebuah pulau, Kampung Salak tidak ketinggalan dalam pembangunan berbanding penempatan yang terletak di bandar.

Menurutnya kampung yang terletak di sebuah pulau itu majoritinya didiami oleh nelayan tersebut turut mempunyai kemudahan asas seperti elektrik, bekalan air dan telekomunikasi.

“Kalau dibandingkan Kampung Salak dengan kampung lain selama ini tidak jauh bezanya.

“Walaupun kampung kita terputus daripada tanah besar kerana kita berada di sebuah pulau tapi sekurang-kurangnya dari segi kemudahan asas sama macam kampung-kampung lain.

“Ia adalah hasil kerjasama kepimpinan dan penduduk kampung yang mahukan perubahan di kampung mereka,” katanya ketika berucap pada Program Khemah Ibadah dan Ceramah Khas Maulidur Rasul 1443H/2021 M di Masjid Darul Muslimin Kampung Salak hari ini.

Program Khemah Ibadah disertai 40 peserta dari Kampung Salak manakala ceramah khas berkaitan Maulidur Rasul disampaikan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Khalidi Ibrahim.

Di samping itu, penduduk kampung menerima bantuan sumbangan makanan daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Sementara itu, penduduk Kampung Salak juga boleh menarik nafas lega kerana pembinaan masjid akan diteruskan untuk projek fasa pertama.

“Masjid ini amat penting kerana ia menjadi wardah utama aktiviti masyarakat islam yang berada di kampung ini,” katanya lagi

Tambahnya, masjid yang bernilai RM2.5 juta itu mungkin mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan disebabkan masalah logistik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa sebelum ini.

Hadir sama Penghulu Salak Abdul Wahed Mat yang meluahkan rasa syukur dengan pembinaan masjid di kampung Salak

“Terima kasih dan syukur kerana projek masjid ini dapat dilaksana untuk memudahkan penduduk beribadat.

“Kami juga merancang untuk membawa penceramah supaya dapat mendidik belia mengenai agama islam,” katanya kepada TVS. – TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.