Majlis MA63 setuju dengan cadangan pindaan kembalikan status Sabah, Sarawak sebagai rakan sekutu

By Bernama
Spread the love

KOTA KINABALU, 19 Okt: Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) telah bersetuju dengan cadangan pindaan membabitkan Perkara 1(2) serta Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan yang akan mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MKMA63 hampir tiga jam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

“Pindaan itu akan mentakrifkan semula maksud persekutuan,” menurutnya dalam kenyataan pada hari ini.

Beliau berkata, cadangan itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang turut mengetuai Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu MKMA63, sambil menambah pindaan semasa adalah berbeza daripada pindaan yang dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 2018.

Ongkili juga berkata MKMA63 telah bersetuju dengan cadangan pindaan yang bakal dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang.

“MKMA63 akan terus membincangkan perkara-perkara tertangguh selain memastikan hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak dikembalikan,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, Wan Junaidi berkata pindaan itu akan mentakrifkan semula status semua negeri dalam Malaysia selaras dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, MA63 dan kedudukan selepas Singapura keluar pada 1965.

Ongkili pula berkata MKMA63 juga bersetuju untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk mengeluarkan lesen bagi perikanan laut dalam.

Pada mesyuarat itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee turut membentangkan cadangan bagi kelulusan MKMA63 untuk memberi kuasa kepada Jabatan Perikanan di Sabah mengeluarkan lesen bagi kapal dan peralatan memancing di lokasi menangkap ikan Zon C yang ketika ini dikendalikan pada peringkat persekutuan.

“Pada asalnya, permintaan itu dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan MKMA63 telah meluluskannya, dan ia akan turut diperluaskan ke Sarawak,” kata Ongkili. – Bernama

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.