Lelaki bogel dipercayai punyai masalah mental

By TVS
Spread the love

MIRI, 19 Okt : Seorang lelaki yang berkeliaran dalam keadaan bogel di sekitar Jalan Kuching, Taman Tunku, di sini dipercayai mempunyai masalah mental.

Mangsa yang disyaki melarikan diri telah dilaporkan oleh isterinya kepada pihak polis selepas mengamuk di rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari, pihaknya menerima laporan untuk mencari mangsa kerana khuatir kemungkinan berlakunya perkara yang tidak diingini.

“Pihak polis telah mengarahkan Unit Peronda MPV dan Unit Cegah Jenayah (UCJ) Balai Polis Lapangan Terbang Miri untuk mengesan mangsa namun mangsa telah pulang ke rumah dalam keadaan selamat pada jam lebih kurang 10 pagi pada Isnin, 18 Oktober.

“Masyarakat Miri digalakkan untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada pihak polis supaya tindakan undang-undang boleh diambil segera bagi menjaga ketenteraman dan keselamatan masyarakat,” jelasnya.

Terdahulu, video seorang lelaki yang berkeliaran dalam keadaan berbogel tular dalam media sosial sejak semalam.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.