90.7 peratus populasi dewasa di Sarawak terima vaksin

By Odleen Catherny
Spread the love

KUCHING, 19 Okt : Sejumlah 90.7 peratus populasi dewasa di Sarawak yang berumur 18 tahun ke atas sudah menerima satu dos vaksin COVID-19 setakat ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dalam kenyataan memaklumkan bagi seluruh populasi Sarawak pula, sejumlah 70.1 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin berkenaan.

“Bagi golongan remaja, sejumlah 231,803 individu berumur antara 12 dan 17 tahun atau 79.1 peratus telah disuntik dos pertama dan seramai 121,030 remaja berusia antara 12 dan 17 tahun atau 41.3 peratus sudah disuntik dos kedua,” menurut JKNS.

Kerajaan Sarawak mensasarkan semua remaja dari kumpulan umur berkenaan lengkap divaksin menjelang November ini.

Pada masa sama, Sarawak yang telahpun memulakan pemberian dos penggalak sejak 13 Oktober yang lalu mencatatkan sebanyak 11,156 dos berjaya diagihkan setakat 17 Oktober.

Daripada jumlah itu, Miri merekodkan sebanyak 2,372 dos penggalak selesai disuntik kepada penerimanya.

Kesemua jumlah dikumpul menerusi proses suntikan dari klinik dan hospital swasta bagi warga 60 tahun ke atas manakala bagi kumpulan barisan hadapan kesihatan pula di fasiliti kesihatan awam dan swasta di fasiliti masing-masing.

Mereka yang layak terutamanya golongan berisiko berumur 60 tahun ke atas digalak untuk menghubungi fasiliti kesihatan yang terlibat terlebih dahulu sekiranya ingin mendapatkan janji temu bagi mendapatkan dos masing-masing.

Senarai nama klinik dan hospital swasta akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa melalui saluran media massa dan media sosial untuk memudahkan proses janji temu.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.