Motosikal terbabas, seorang maut dan dua parah di LEKAS

By Bernama
Spread the love

NILAI, 18 Okt: Seorang lelaki berusia 27 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangi hilang kawalan sebelum terbabas melanggar penghadang besi di Kilometer 29.8 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dari arah Seremban menghala ke Nilai, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata pada masa sama dua orang lelaki lain masing-masing berusia 26 dan 27 tahun yang menunggang motosikal dari arah sama cuba mengelak mangsa namun terbabas lalu terjatuh di atas jalan.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Muhamad Luqmanul Hakim Abdul Hadi, 27, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhammad Tat Termizi Yusof, 26, dan Muhammad Faris Ahmad Pauzi, 27, mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dan tangan.

“Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam telah berlaku satu kemalangan maut melibatkan melibatkan tiga buah motosikal jenis yang sama iaitu Yamaha Y15.

“Muhamad Luqmanul Hakim yang menunggang motosikal dari arah Seremban menghala ke Kuala Lumpur telah hilang kawalan, lalu melanggar penghadang jalan di sebelah kanan lebuh raya. Susulan itu, Muhammad Tat Termizi dan Muhammad Faris yang datang arah sama cuba mengelak mangsa lalu terbabas jatuh di atas jalan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, Muhammad Tat Termizi dan Muhammad Faris yang mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk menerima rawatan lanjut, manakala mayat Muhamad Luqmanul Hakim dibawa ke Unit Forensik hospital yang sama untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.