Mohd Nizom CEO baharu LHDN

By Firdaus Ismail
Spread the love

KUALA LUMPUR, 18 Okt : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan perlantikan Datuk Mohd. Nizom Sairi sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu berkuatkuasa esok.

Perlantikan berkenaan bagi menggantikan Datuk Seri Dr Sabin Samitah yang memegang jawatan berkenaan sejak 12 Disember 2016.

Mohd. Nizom, 58, sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) dan telah mula berkhidmat di LHDN pada 13 November 1985.

” Beliau yang memegang Ijazah Sarjana dari Lawrence Technological University, Amerika Syarikat mempunyai pengalaman luas dalam bidang percukaian langsung merangkumi operasi, pematuhan, pungutan , percukaian antarabangsa dan latihan percukaian,” jelas kenyataan berkenaan hari ini.

Tambah LHDN , sebelum memegang poftfolio Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd. Nizom juga pernah menerajui pelbagai bahagian penting dalam organisasi berkenaan termasuklah sebagai Pengarah Jabatan Siasatan, Pengarah Akademi Percukaian Malaysia, Pengarah Jabatan Pematuhan Cukai serta Pengarah LHDN Perak selain pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan).

” LHDN ingin merakamkan ucapan tahniah kepada beliau di atas perlantikan ini dan berkeyakinan pengalaman luasnya akan membantu organisasi mencapai visi menjadi Pentadbir Cukai Terunggul selari dengan aspirasi membina Keluarga Malaysia yang terangkum,” jelas LHDN.

Pada masa sama, LHDN turut mengucapkan terima kasih kepada Sabin di atas sumbangan beliau selama berkhidmat dengan organisasi berkenaan. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.